? ??????????????Leave It At The Door? ????? ?? ???Rating: 4.6 (36 Ratings)??10 Grabs Today. 4581 Total Gra
bs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Tangled Heart? ????? ?? ???Rating: 4.3 (508 Ratings)??10 Grabs Today. 77246 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Isnin, 27 April 2009

KAWAN-KAWAN DIZAMAN PERSEKOLAHAN





















Khamis, 16 April 2009

MESYUARAT KALI 1 TAHUN 2009

Alhamdulillah syukur dapat juga kami bermesyuarat pada hari sabtu 4 April 2009 yang lalu. Mesyuarat tersebut telah bertukar tempat iaitu di Char Keow Teow Remaja Di Kelang Lama dan bukannya di Chef Det Bistro seperti yang telah dimaklumkan. Perubahan tempat terpaksa dibuat kerana Chef Det Bistro dibuka pada pukul 6.00 petang. Tapi....yang hadir hanya saya, Badrul dan Rashidi, yang lain ada hal. Tak mengapalah.

Pada mulanya kami telah sepakat untuk membuat majlis tahun ini di perkarangan pejabat Rashidi tapi jika di buat waktu siang mengganggu waktu bekerja staf yang berada di situ. Belum ada kata putus lagi. Badrul mencadangkan agar dibuat waktu siang kerana waktu panjang dan dapat berbual lama dan dapat bertanya khabar lebih rapat lagi. Jikalau dibuat waktu malam masa amat terhad dan tak sempat untuk berbual dengan semua.

Kami juga bercadang untuk menjemput beberapa orang guru dan akan diberi sedikit cenderahati kepada guru-guru dan keluarga yang datang. Budget yang dicadangkan ialah RM1500.00. Rashidi mencadangkan agar memohon sumbangan. Telah dikenalpasti beberapa orang kawan-kawan yang boleh beri sumbangan. Bila dapat sumbangan bayaran yang akan dikenakan pada setiap famili akan berkurangan.

Setelah berbincang dengan Salinda, beliau bersetuju memberi sumbangan sebahagian dari cenderahati. Sebahagian lagi insyaallah akan kita cari kawan-kawan lain yang sanggup untuk membantu.

Jumaat, 3 April 2009

GAMBAR SMSB TAHUN 1983


Gambar Sekolah Menengah Sultan Badlishah pada tahun 1983..Gambar sekarang belum sempat diambil lagi.Ada beberapa perubahan setelah 26 tahun berlalu.

KENANGAN BERSAMA GURU-GURU PELATIH DARI USM

Kenangan bersama-sama guru-guru pelatih dari USM sewaktu berada di tingkatan 4 tahun 1985.Kelihatan bersama guru tingkatan 4A2 Cikgu Kamariah.

STUDY MALAM BERSAMA TEMAN-TEMAN RUMAH SEWA


Bersama-sama teman-teman rumah sewa sewaktu ke kelas malam. Tapi yang lelaki tu bukan rakan serumah, dia pelajar asrama. Gambar di ambil di kawasan sekolah selepas study. Kak Aza, Kak Ta, Kak Ida, Kak Awi, Kak Zu, Wan dan Yahya Farid. Yang tau Yahya Farid sebagai guru di MRSM PDRM, Wan pun guru juga di Johor, kak Zu bertugas sebagai Pembantu Makmal di SMK Sg.Kob, kalau tak silap Kak Ida surirumah sepenuh masa ,yang lain tu ..entahlah buat apa sekarang, selepas ambil result tahun 1987 dah tak jumpa lagi..Rindulah juga,.Kak Awi, Kak Aza dan Kak Ta, kalau terlihat blog ini hubungilah saya..kita buat satu pertemuan teman-teman yang pernah tinggal serumah tahun 1986. Rindu nak jumpa...entah macam mana sekarang.

BERSAMA KAWAN SERUMAH

Bersama-sama kawan-kawan yang tinggal di rumah sewa. Gambar kenangan di Taman Tasik SM Noor, Batu Gajah, Perak. Bersama Wan Khairunisak dan Kak Aza (Nor Aza bt Ariffin). Kak Aza adalah orang Jelebu Negeri Sembilan, mengikut ibubapa merantau ke Kedah.Ayahnya seorang polis berpangkat sarjan bertugas di Sungai Kob pada masa dia belajar di SMSB.

SULTAN DAN SULTANAH KE SMSB TAHUN 1986

Perbarisan oleh pengawas-pengawas SMSB di kiri jalan menghantar Sultan dan Sultanah Kedah berangkat pulang. Setiap tahun Sultan dan Sultanah Kedah akan berangkat mencemar duli kerana Hari Kecemerlangan Sekolah.

ATLIT RUMAH SAMSUDIN


Atlit perempuan pasukan rumah Samsudin.
Hebat.... masing-masing dengan medal kemenangan. Azlina, Norhalilah, maaf dua orang lagi dah lupa nama.
Atlit lelaki pasukan rumah Samsudin, Nizam, Hazrami, Shahrizam, Rosli dan yang lain tu maaf tak ingat nama...

PERSATUAN PANDU PUTERI

Persatuan Pandu Puteri tahun 1985 bergambar kenangan dengan guru penasihat Cikgu Azizah bt Ishak. Cikgu Azizah bt Ishak sekarang bertugas sebagai Pengetua . Tahniah cikgu kerana dinaikkan pangkat.

EMPAT SEKAWAN


Empat sekawan, tapi kini semua tinggal kenangan.Gambar yang diabadikan pada tahun 1984 sewaktu tingkatan 3. Anis (diri sendiri),Saz(Sazlina)Ita(Ruzita)dan Duan(Ridzuan).Entah kemana menghilangnya 3 orang lagi teman-temanku ini. Andai sesiapa yang terbaca blok ini, hubungilah saya...ingin mengetahui perkembangan terkini,.

GAMBAR TINGKATAN 3A5

Gambar semasa di dalam kelas tingkatan 3A5..ada yang khusyuk buat kerja, tapi biasalah ada yang nak berposing..Ramai yang dah lupa nama..,maklumlah lama dah hampir 25 tahun.

GAMBAR KELAS TINGKATAN 2A5

Bersama-sama kawaan-kawan di kelas tingkatan 2A5, tapi ...alamak dah lupa nama guru kelas. Maaf......

GAMBAR KELAS TINGKATAN 1A4

Gambar kelas tingkatan 1A4 tahun 1982.Guru kelas Miss Khoo.Kebanyakan kawan-kawan dah terpisah. Ada yang dah tak ingat nama mereka. Tapi yang nyata dah dua orang meninggal dunia. Khadijah Bee bt Kadir dan Misah bt Hussein.

Khamis, 2 April 2009

MESYUARAT 1/2009

Satu mesyuarat akan diadakan pada hari sabtu 04 April 2009 pukul 5.00 petang untuk membincangkan tentang perjumpaan pada Aidil Fitri tahun ini. Perjumpaan kali ini akan diadakan di Chef Det Bistro Kelang lama. Chef Det Bistro adalah restoran kepunyaan anak Cikgu Mohamad Md Desa, bekas guru SMK Sultan Badlishah,. Insyaallah ahli yang akan hadir Rashidi, Hazrami, Badrul Hisyam, Salinda, Haslina, Shafiza dan saya.