Rabu, 25 Mac 2009
GAMBAR KESELURUHAN RAKAN-RAKAN YANG HADIR DI PERJUMPAAN KE 2
Selasa, 24 Mac 2009
PERJUMPAAN KALI KE 3
Insyaallah satu perjumpaan seperti tahun-tahun lalu akan diadakan sekali lagi pada tahun ini. Beberapa orang yang akan mengendalikan majlis perjumpaan pada tahun 2009. Tempatnya akan diberitahu setelah diputuskan dalam mesyuarat AJK kecil yang akan mengendalikan majlis tersebut. Saya berharap majlis kali ini akan mendapat sambutan yang lebih hangat dikalangan rakan-akan sekelian. Sekiranya tidak dijemput tetapi terbaca blog ini atau mendapat tahu dari rakan-rakan yang lain , saya harap jangan malu untuk datang bersama-sama kita meraikannya. Sudi-sudilah menghadirkan diri. Ini bukan majlis untuk orang lain tetapi untuk kita semua. Sekiranya ada yang tak dijemput dan tidak mengetahui langsung akan majlis perjumpaan itu, kami mohon maaf. Seboleh mungkin, kami ingin menjemput semua rakan kita.
PERJUMPAAN KEDUA
PERJUMPAAN PERTAMA
Pada hari raya tahun 2007 telah diadakan perjumpaan pertama kali yang melibatkan kawan-kawan perempuan. Perjumpaan itu telah diadakan di rumah saudara Heslly Hafiz. Hesly dan geng selalu buat perjumpaan tetapi tidak melibatkan kawan-kawan perempuan.
SALAM PENGENALAN
Alhamdulillah blog ini dapat dibina untuk komunikasi kita. Sekiranya rakan-rakan yang berkunjung ke blog ini ada gambar atau cerita mengenai bekas guru-guru atau rakan-akan yang telah lama tidak berjumpa bolehlah menghubungi saya menerusi blog ini. Saya ingin jadikan blog ini tempat kita bertemu dan bertukar-tukar fikiran setelah lama menghilangkan diri. Saya boleh dihubungi melalui talian 019-5042800 atau 017-2134945 dan melalui emel smsb8286@gmail.com
