Setelah beberapa kali membuat meeting, walaupun hanya dihadiri 3 atau 4 orang saja tapi semuanya berjalan dengan lancar, cuma jemputan dibuat disaat akhir dalam bulan puasa, nak buat macam mana, rancang nak buat awal tapi lambat juga jadinya.
Kali ni tak berapa ramai yang menyertai,mungkin tempat atau masa yang tak sesuai..apa pun terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang. Apa pun yang terjadi bergambar sebagai kenangan setiap tahun tak pernah dilupakan.Diharap kalian yang singgah di blog ini dapatlah memberi komen.
Rabu, 23 September 2009
PERJUMPAAN DI AIDIL FITRI 2009
Sabtu, 12 September 2009
PERJUMPAAN PADA AIDIL FITRI TAHUN 2009
Perjumpaan kali ini akan diadakan seperti berikut:
Tempat: Dewan Kampung Darul Aman (Di Jalan Tunku Bendahara)
Tarikh: Hari Raya Ke 4 (Rabu - 23 September)
Masa: 2.30 ptg hingga 6.00 ptg
Selasa, 8 September 2009
KAD UCAPAN UNTUK TEMAN-TEMAN DIPERANTAUAN

::Kad Ucapan Raya Percuma
Teman-teman yang berada di perantauan, selamat pulang ke kampung halaman untuk menyambut syawal yang mulia ini.Berhati-hatilah di jalanraya, ingat..insan tersayang menunggu anda di kampung halaman, jangan biarkan mereka menanti dengan kesedihan tapi biarlah dengan kegembiraan.
Isnin, 17 Ogos 2009
MESYUARAT SEBELUM RAMADHAN
Esok petang nak diadakan mesyuarat untuk program tahun ini. Sepatutnya dibuat awal lagi tapi disebabkan masing-masing sibuk dan aku terutamanya amat-amat sibuk dan yang pasti awal dan hujung semester memanglah banyak kerja pejabat yang harus dibereskan. Tapi apa pun aku harap mesyuarat esok akan jadi kenyataan. Ada beberapa agenda yang ingin dibincangkan. Linda, Sharizam dan beberapa lagi teman yang tak dapat datang akan dimaklumkan melalui telefon hasil mesyuarat esok. Aku amat mengharap program tahun ini menjadi kerana ingin menjemput guru-guru yang telah mencurah ilmu kepada kami. Terasa rindu ingin bertemu dengan cikgu Siti Rokiah, guru kelas 5A2 dan cikgu Safiah yang mengajar Bahasa Inggeris. Setelah menginggalkan alam persekolahan dah tak bertemu lagi dengan kedua-dua orang guru tersebut.
Harap-harap teman-teman yang berjanji nak datang ke mesyuarat tersebut akan tunai janji dan datang pada masa yang dijanjikan. Joe,Shidi,Shafiza dan Badrul,.Hazrami, Shahrizam,Haslina dan Linda tak dapat datang kerana kerja.
Isnin, 4 Mei 2009
PERJUMPAAN KE 2 TAHUN 2009
Pada hari ahad 26 April 2009 yang lepas, satu perjumpaan telah diadakan untuk merealisasikan hasrat untuk berkumpul pada aidil fitri tahun ini. Perjumpaan telah diadakan di Restoran Mutiara Junjung berdepan dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Rashidi, Hazrami, Shahrizam dan Haslina turut hadir untuk memberi buah fikiran yang boleh digunapakai. Saya amat berbangga dengan komitmen yang diberi oleh kawan-kawan. Walaupun ada kawan-kawan yang tidak dapat hadir pada hari tersebut tetapi sanggup membantu dari jauh.
Besarlah harapan kami agar perjumpaan pada Aidil Fitri tahun ini dapat dilaksanakan kerana hasrat rakan-rakan yang ingin bertemu dengan guru-guru yang telah banyak menabur bakti kepada kami. Rindunya dengan guru-guru dan suasana alam persekolahan.
Isnin, 27 April 2009
Khamis, 16 April 2009
MESYUARAT KALI 1 TAHUN 2009
Alhamdulillah syukur dapat juga kami bermesyuarat pada hari sabtu 4 April 2009 yang lalu. Mesyuarat tersebut telah bertukar tempat iaitu di Char Keow Teow Remaja Di Kelang Lama dan bukannya di Chef Det Bistro seperti yang telah dimaklumkan. Perubahan tempat terpaksa dibuat kerana Chef Det Bistro dibuka pada pukul 6.00 petang. Tapi....yang hadir hanya saya, Badrul dan Rashidi, yang lain ada hal. Tak mengapalah.
Pada mulanya kami telah sepakat untuk membuat majlis tahun ini di perkarangan pejabat Rashidi tapi jika di buat waktu siang mengganggu waktu bekerja staf yang berada di situ. Belum ada kata putus lagi. Badrul mencadangkan agar dibuat waktu siang kerana waktu panjang dan dapat berbual lama dan dapat bertanya khabar lebih rapat lagi. Jikalau dibuat waktu malam masa amat terhad dan tak sempat untuk berbual dengan semua.
Kami juga bercadang untuk menjemput beberapa orang guru dan akan diberi sedikit cenderahati kepada guru-guru dan keluarga yang datang. Budget yang dicadangkan ialah RM1500.00. Rashidi mencadangkan agar memohon sumbangan. Telah dikenalpasti beberapa orang kawan-kawan yang boleh beri sumbangan. Bila dapat sumbangan bayaran yang akan dikenakan pada setiap famili akan berkurangan.
Setelah berbincang dengan Salinda, beliau bersetuju memberi sumbangan sebahagian dari cenderahati. Sebahagian lagi insyaallah akan kita cari kawan-kawan lain yang sanggup untuk membantu.
























